Wednesday, December 8, 2010

RENDANG AYAM

Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-

3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api
Cara Memasak:-

Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Saturday, August 7, 2010

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.

fish cake sedap!!

bahan:
fish cake
tepung goreng serbaguna
telur
garam

cara2:
1.Potong fish cake mengikut design sendiri.
2.pukul telur 1 biji dan tambahkan sedikit garam.
3.Lumurkan fish cake yang dah dipotong dalam telur yang dah dipukul.
4.lumurkan fish cake yang dah dilumur dengan telur dalam tepung goreng sebelum
digoreng.
5.Hidangkan...sedap...

Sunday, May 2, 2010

Nak Tegangkan Kulit Muka??

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Tuesday, April 20, 2010

Bagaimana Memutih dan Mengilatkan Gigi??

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Wednesday, April 14, 2010

KUIH CUCUR UDANG....sedap

Bahan-bahan utk adunan tepung
300gm tepung gandum
1 biji bawang besar
100 gm isi udang
1 biji telur ayam
Daun kucai dihiris halus
sedikit garam dan serbuk perasa
½ camca teh soda bikarbonat
Air secukupnya
Pewarna kuning jika suka.

Bahan-bahan hiasan
Sedikit taugeh
Sedikit cili merah dipotong-potong
Udang basah secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya

1) Satukan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Agak-agak pekatnya jatuh bertitis.
2) Panaskan minyak yang penuh dan kuali dan rendamkan senduk ke dalamnya. Agak-agak senduk dah panas, keluarkan dan taruk sedikit taugeh dan dengan menggunakan senduk lain, cedukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam senduk yang berisi taugeh tadi.
3) Hiaskan dengan udang dan cili merah, kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
4) Bila adunan telah lekang dari senduk, ulangi proses yang sama sehingga habis. Teruskan menggoreng hingga kuning. Hidangkan dengan sos cili.Kuah kacang pun boleh.

Sos cili

10 biji cili kering, buang biji dan kisar
2 biji bawang putih, dikisar
1 cawan air asam jawa pekat
1 cawan gula merah @ manisan
½ cawan gula pasir
Sedikit garam
Sedikit bijan goreng ditumbuk sedikit.

Cara Menyediakannya

1) Satukan cili kisar, bawang putih, air asam jawa, gula merah, gula pasir dan garam.
2) Masak hingga mendidih dan pekat. Bila telah sejuk, taburkan bijan goreng. Hidangkan.

Tuesday, April 13, 2010

Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.